Apakah kaitan di antara mati pucuk (erectile dysfunction) dengan kesihatan jantung seseorang lelaki yang berusia 40-50an?
Soalan ini pernah ditanya dalam soalan viva peperiksaan tahun akhir saya dahulu. Soalan cepu emas. Markah bonus untuk mereka yang excellent. Saya tidak dapat menjawabnya kerana ia tidak tertulis dalam buku teks.
Soalan ini pernah ditanya dalam soalan viva peperiksaan tahun akhir saya dahulu. Soalan cepu emas. Markah bonus untuk mereka yang excellent. Saya tidak dapat menjawabnya kerana ia tidak tertulis dalam buku teks.
Baru-baru ini seorang pesakit lelaki datang hanya semata-mata mahukan ubat kuat. Ubat kuat yang dimaksudkan ialah ubat untuk merawat masalah mati pucuk yang dihadapinya.Tidak sempat saya melakukan pemeriksaan, beliau telah meninggalkan saya.
Sudahlah ubatnya mahal, kena buat pemeriksaan pula. Baik saya beli di tepi Jalan Raja Laut di KL. Lebih murah!! dengusnya.
Saya tidak berapa mahu memperdulikan bantahannya. Ini ketetapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan saya mahu menyusahkan beliau. Saya harus patuhi jika tidak lesen saya akan digantung.
Apa yang membimbangkan saya ialah tahap kesihatan pesakit ini. Kajian terbaru mengatakan jika seseorang lelaki mengalami mati pucuk, bermakna keadaan kesihatannya berada dalam tahap membimbangkan.
Dr Terry Mason, pakar urologist di Hospital Cook County di Chicago, Amerika Syarikat memberitahu apabila seorang lelaki mempunyai masalah mati pucuk, berkemungkinan besar pesakit ini mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hypertension dan hypercholestrole yang tidak terkawal. Akibatnya komplikasi penyakit kronik ini sedang tersebar dengan cepat ke seluruh tubuhnya termasuk jantung dan berkemungkinan akan membawa maut.
Doktor kalau tidak berjimat dengan isteri seminggu sekali, itu dinamakan mati pucuk ke? Habis saya kerja mengikut shift. Adakalanya letih dan tidak sempat..
Geli hati saya mendengar soalan itu. Kerana yang bertanya ialah seorang lelaki berumur 50an. Beliau bertanya sambil tersenyum-senyum malu.
Mati pucuk bukan berdasarkan bilangan kekerapan melakukan jimak bersama isteri. Jika tidak mempunyai gelora nafsu syahwat terhadap isteri, itu menandakan kekurangan hormone testosterone, bukannya mati pucuk.
Mati pucuk lebih kepada kebolehan seorang lelaki untuk menegangkan zakarnya sebelum hubungan jimak. Maksudnya jika isteri mendatangi suami, dan suami gagal untuk bersedia dengan senjatanya, itu yang dinamakan mati pucuk.
Zakar mengandungi saluran darah yang berdiameter besar dan fizikal zakar akan menjadi kembang, tegang dan membesar apabila saluran darah di dalamnya mengembang. Dalam masalah mati pucuk di kalangan pesakit kronik, zakar mereka tidak boleh mengembang, mengeras dan membesar kerana saluran darah di dalam zakar tersumbat.
Jika dibandingkan diameter saluran darah pada zakar dan jantung, salur darah pada zakar mempunyai diameter yang lebih besar. Jadi jika saluran darah di zakar yang besar pun telah tersumbat, bermakna saluran darah di jantung yang lebih kecil mungkin telah tersumbat dengan teruk.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of the American Heart Association, 2010 mengatakan pesakit kronik yang mengalami mati pucuk dikatakan mempunyai risiko 1.6 kali lebih tinggi diserang sakit jantung dan menyebabkan kematian dari pesakit kronik yang tidak mempunyai masalah mati pucuk.
Umur juga memainkan faktor penting dalam jangkaan ini. Jika seorang lelaki itu masih muda dalam usia 40-50an, kemungkinan besar masalah mati pucuk yang dialaminya menandakan jantungnya telah mengalami masalah besar, berbanding dengan pesakit yang berusia 70an.
0 ulasan:
Catat Ulasan